KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, memerintahkan supaya waris Tanah Wakaf Konsesi Chenderong, Kemaman serta Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), berbincang bagi menyelesaikan pertikaian berhubung tanah wakaf itu di luar mahkamah.
Hakim Sheikh Ahmad Ismail, yang membuat keputusan itu menetapkan jam 10 pagi hari ini bagi kedua-dua pihak menyelesaikan pertikaian itu tanpa perlu perbicaraan di mahkamah
Dalam saman yang dikemukakan Tengku Zainal Akmal Tengku Besar Mahmud dan Tengku Hidayah Tengku Habib (plaintif) terhadap Maidam (defendan), mereka mendakwa pihak berkenaan gagal menguruskan pajakan hartanah itu hingga menyebabkan ada waris hanya memperoleh pendapatan RM3 setahun.
Mereka juga memohon perintah mahkamah membatalkan semua perjanjian pajakan, selain menuntut Maidam menguruskan harta wakaf di bawah satu unit khas dianggotai wakil waris tanah wakaf, atau membenarkan waris menguruskan sendiri harta.
Perbicaraan kes akan diteruskan pada 4 Oktober ini jika proses itu gagal mencapai keputusan.
Berita Harian : 27/7/2009 :- Sila baca artikel bertajuk " Waris diperintah selesai kes tanah wakaf luar mahkamah",di alamathttp://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20090727082425/Article/
No comments:
Post a Comment